Monday, 10 February 2014

Tiga keadaan




Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yangg bermaksud : Hati manusia akan tertutup dgn tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga. Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kau ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redho, orang ini akan diseksa. Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.

Monday, 13 January 2014

Sejenak

Ya Allah..terfikir ku sejenak dalam soal ni..selama ini ku hanya terfikir  bila la jodohku datang menjenguk tapi soal2 y lain ku langsung tak terfikir pun.... Tertiba bila El membaca satu blogger ni baru teringat kat family.. Mampukah my jodoh tu menerima keluarga ku  bukan hanya setskat bercakap d mulut tapi tidak d hati.. Mampu ka ia bertahan dengan setiap peel keluarga El y berbeza pendapat dan tindakan tapi dalam masa y sama keluarga El mementingkan ikatan kekeluargaan  ini..  Doa di akhir bait ayat membuatkan El tertarik untuk meng kopi pasta doa tersebut.. Maaf owner tanpa permisi terus El  KP doa tersebut.  >_<"

Berikut adalah doa dari blogger tersebut....

Ya Allah, semoga jodoh yang Kau tetapkan kepada aku orangnya berbudi, baik pekerti, kenal diri sendiri, hormat akan orang tua dan tahu batas syarak. Boleh memimipin aku dan zuriat kamu. Janganlah aku dijodohkan dengan orang yang tak boleh sayangkan family aku, yang lebih memberi masalah kekeluargaan antara aku dan keluargaku ataupun keluarganya dengan keluargaku. Andai kata aku sempat jejak alam perkahiwnan dalam waktu hidupku ini, semoga keluarga jodohku dapat menerima keluargaku, sebagaimana keluargaku menerima dia dan keluarganya. Semoga pernikahan aku bukanlah sekadar untuk menjadi peneman seorang lelaki yang memerlukan wanita pada malam harinya tetapi tidak memberi manfaat kepada seluruh keluarga aku dan keluarganya. Aku mahukan perkahwinan yang bahagia,melahirkan zuriat atau khalifah Allah yang berguna dan bahagia hendaknya kami sekeluarga sehingga ke jannah. Sesungguhnya ni lah impian setiap wanita bertaqwa, Amin ya rabbal alamin.

Friday, 10 January 2014

Sahabatku

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Tuesday, 7 January 2014

El Fye

Cubala untuk rasa bahagia sekarang ini kerana pada masa depan belum tentu El akan hidup lebih lama kerana tiada pun jaminan yang El akan selamat dalam mengharungi perubahan zaman.so jangan El jdikan rasa gelisah itu sebagai punca pendapatan seharian serta anggap kebahagian itu hutang El.. Ini peringatan khas untuk diri El sendiri.

Sunday, 5 January 2014

Kisah yang tak terucap..

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

El Fye 

Lagu ni macam ada kena mengena dgn kisah cinta El Fye. Sesunguhnya tidak semua orang minta untuk berada dalam keadaan macam ni.. Sakitnya ya Allah


Wednesday, 1 January 2014

Morning post

Assalamualaikum n selamat pagi, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan diri. Keluarga dan sahabat handai kerana doa itu adalah tali pengikat cinta yang tak dibayar ......

Monday, 30 December 2013

Epilog duka

2013 kian berlalu pergi..
Hanya tinggal sehari  lagi..
Hari demi hari.. 

Kini epilog cinta ku berkubur seiringnya dengan perubahan tahun.. Bukan sekali tapi berganda seakan mengusir irama cinta dalam hatiku.. 
Ku akui alpanya cinta kepada ilahi seakan petunjuk kepada episod kelukaan ini, ya Allah.. Hambamu bersyukur Engkau jelmakan epilog luka ini agar ku dapat membuka mata dan memperakui cintaku kini hanya la untuk mu. Kini ku persiapkan diri untuk menemui mu d jalan yang benar.
ya Allah. Semoga Engkau perkenankan doa hambamu ini agar terus kukuh dalam landasan keimanan sehingga ke akhir hayat ku.. 

#biarlacintakupadailahimengiringiperjalananhidupkuhinggakeakhirat...Amin