Pernah oo saya bertanyakan kepada rakan saya, Bagaimanakah perasaan orang yang bercinta..? Jawapan yang rakan saya berikan adalah, ” ko kenalah rasa sendiri, barulah tahu betapa manisnya..”macam mana ni...soal ini lama-kelamaan tidak timbul sudah Hinggalah saya melangkah ke alam pekerjaan dan naluri ingin tahu itu timbul. Akhirnya, saya bersetuju untuk menerima seorang lelaki dalam hidup saya.Selama sebulan kami hanya berhubung di dalam telefon, akhirnya, dia ingin berjumpa dan saya letakkan syarat, dia mesti membawa 2 atau 3 orang temannya bersama dan saya akan membawa 2-3 orang rakan saya. Tapi, saya bawa lebih dari 5 orang. pertemuan pertama kami adalah di Restoran semasa di bulan Ramadhan dan itu adalah pertama kali saya melihatnya.Selama beberapa bulan menjadi sepasang kekasih, saya masih tidak merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. selepas pertemuan kami yang pertama, dia ingin bertemu lagi dan berkali-kali mengajak untuk bertemu, tapi ada saja alasan yang saya berikan kerana saya terasa seperti banyak mata yang memandang seperti yang saya rasakan pada pertemuan kami yang pertama. Tidak tahu mengapa..
Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan..Rasanya hampir 2 bulan. Last kami ber sms pun diakhiri dengan pergaduhan kerana saya tidak mengendahkannya dan jarang membalas smsnya. Pada malam itu, tangan saya ringan mencapai telefon bimbit dan menghantar sms ingin meminta putus darinya dan kali ini saya NEKAD dan tidak akan kalah dengan rayuannya lagi.Dia membalas, Mengapa? Adakah saya mempunyai lelaki lain?.. Saya hanya tersenyum membaca sms itu. Seperti ada sesuatu yang memberikan saya alasan yang terbaik dan saya harap alasan itu dapat mengubati kekecewaannya. saya membalas smsnya dengan menjawab, tidak ada lelaki lain yang saya cintai kerana saya tidak rasa bagaimana cinta sesama manusia yang sebenar, saya hanya rasa bersalah pada Allah kerana telah membelakangkanNYA selama ini dan tidak sedar akan kehadiran Allah yang sentiasa menemani hambaNya di saat susah atau senang. Betulkan tindakan saya ni..but sometimes rindu juga nak dengar suaranya tapi apa boleh buat Handphone saya hilang dan sehingga kini saya tidak tahu khabar beritanya..
No comments:
Post a Comment