Saturday, 28 December 2013

Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.

Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..

2013 tahun yang penuh dugaan dan cabaran buat ku.... >_<"

Friday, 6 December 2013

Apa itu Cinta...

Pernah oo saya bertanyakan kepada rakan saya, Bagaimanakah perasaan orang yang bercinta..? Jawapan yang rakan saya berikan adalah, ” ko kenalah rasa sendiri, barulah tahu betapa manisnya..”macam mana ni...soal ini lama-kelamaan tidak timbul sudah Hinggalah saya melangkah ke alam pekerjaan dan naluri ingin tahu itu timbul. Akhirnya, saya bersetuju untuk menerima seorang lelaki dalam hidup saya.Selama sebulan kami hanya berhubung di dalam telefon, akhirnya, dia ingin berjumpa dan saya letakkan syarat, dia mesti membawa 2 atau 3 orang temannya bersama dan saya akan membawa 2-3 orang rakan saya. Tapi, saya bawa lebih dari 5 orang. pertemuan pertama kami adalah di Restoran semasa di bulan Ramadhan dan itu adalah pertama kali saya melihatnya.Selama beberapa bulan menjadi sepasang kekasih, saya masih tidak merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. selepas pertemuan kami yang pertama, dia ingin bertemu lagi dan berkali-kali mengajak untuk bertemu, tapi ada saja alasan yang saya berikan kerana saya terasa seperti banyak mata yang memandang seperti yang saya rasakan pada pertemuan kami yang pertama. Tidak tahu mengapa..
Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan..Rasanya hampir 2 bulan. Last kami ber sms pun diakhiri dengan pergaduhan kerana saya tidak mengendahkannya dan jarang membalas smsnya. Pada malam itu, tangan saya ringan mencapai telefon bimbit dan menghantar sms ingin meminta putus darinya dan kali ini saya NEKAD dan tidak akan kalah dengan rayuannya lagi.Dia membalas, Mengapa? Adakah saya mempunyai lelaki lain?.. Saya hanya tersenyum membaca sms itu. Seperti ada sesuatu yang memberikan saya alasan yang terbaik dan saya harap alasan itu dapat mengubati kekecewaannya. saya membalas smsnya dengan menjawab, tidak ada lelaki lain yang saya cintai kerana saya tidak rasa bagaimana cinta sesama manusia yang sebenar, saya hanya rasa bersalah pada Allah kerana telah membelakangkanNYA selama ini dan tidak sedar akan kehadiran Allah yang sentiasa menemani hambaNya di saat susah atau senang. Betulkan tindakan saya ni..but sometimes rindu juga nak dengar suaranya tapi apa boleh buat Handphone saya hilang dan sehingga kini saya tidak tahu khabar beritanya..

Wednesday, 27 November 2013

Sedih sangat...

Waaaaaaaa nak ngangis je .. Fye kena buat blog baru ni selepas beberapa kurun lamanya berblogg gara2 hilang n tak ingat pasword blog.. .kena mula dari awal la ni...   My post pertama tuk pagi ni.                Bukannya sekali  malah sering kali mencuba namun tetap gagal lagi, agaknya bukan masanya lagi. Banyak kali berfikir adakah ia berpunca dari ku yang payah nak berkomunikasi @ mereka bosan  pada diri ku. Jenuh mendengar kata cinta tapi membuktikannya tidak sesekali kalo begini lebih baik sendiri. Siangmalamku sunyi sepi tanpa dirimu tapik u tak kesah kerana ku tahu Allah Swt sentiasa untukku.. Adakah komunikasi, tingginya harapan ku @ memang tiada cintaku untuknya.. Kekadang rasa takut untuk dikecewakan ada terdetak dalam hati bukan .005% tapi 1000 % keberangkalian untuk dikecewakan itu tinggi.. Alahai macammana ni.. Nak jg bahagia seperti orang lain... Someone help me, please make me feel secured be with you.. Allah is all the best ..  Fye breathe innnnnn and breathe ouuuuuut...fuhhhhhh lega sesangat